Thursday, May 28, 2009

Jenis Tidur yang Sunat Dibangunkan


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadith Abu Bakrah r.a. Beliau berkata "Aku keluar bersama Nabi s.a.w untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya." (Hr Abu Daud 1246 -semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.


Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya terjatuh). (Hr Abu Daud - semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda: Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh. Nabi saw bersabda: Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata: “Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur".

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah r.a dimana beliau berkata: Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar. Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata: Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesembilan:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.. Nabi saw bersabda: Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya." (Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Kesepuluh:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda: Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga IbnuMaktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)


Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

Monday, May 25, 2009

Khasiat Kasturi


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah r.a dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1.
Memberi kekuatan roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangian dan sebaik-baik haruman. Sebagaimana sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi" hadis riwayat Muslim.

2. Menenangkan jiwa

3. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak

4. Menghilangkan katakutan dan kebimbangan

5. Menghilangkan debaran jantung

6. Menghilangkan sesak nafas

7. Melegakan asma (lelah)

8. Menyedarkan orang yang pengsan

9. Memperkuatkan organ luaran tubuh

10. Menghilangkan rasa gementar

11. Menghilangkan sejuk tubuh

12. Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh

13. Menyembuhkan racun dan bisa-bisa binatang

14. Menghilangkan kesakitan ketika buang air kecil

15. Menjernihkan mata putih pada mata

16. Melanjutkan usia dengan izin Allah s.w.t.

17. Allah s.w.t meredhainya, para malaikat menyukainya dan orang-orang soleh.

18. Dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya dengan izin Allah s.w.t.

Menurut Imam Syafie r.a bahawa antara perkara yang dapat menguatkan yasmani adalah mencium bau-bauan yang wangi (seperti kasturi).

Friday, May 22, 2009

Berwuduk sebelum tidur elak gangguan syaitan



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Berdasarkan hadis; dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda: “Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat…” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ia adalah saranan berwuduk ketika hendak tidur. Jika seseorang sudah mempunyai wuduk, maka tidak perlulah mengangkat wuduk lain, kerana maksud saranan itu sudah tercapai iaitu orang Islam perlu tidur dalam keadaan suci dikhuatiri maut menjemput pada ketika itu. Bersuci juga dapat menjauhkan diri daripada gangguan syaitan dan mententeramkan diri daripada perasaan takut ketika tidur.

Oleh itu, antara perkara diajar Islam sebelum tidur ialah:

  1. Mengambil wuduk
  2. Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur hendaklah bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) 34 kali..
  3. Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali.
  4. Membaca Surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas
  5. Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya.
  6. Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya antaranya doa yang bermaksud: “Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup”.
  7. Mengucap dua Kalimah Syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita. Moga-moga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah SWT.

Umat Islam juga diajar bagaimana menangani persoalan mimpi seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah bersabda: “Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudaratkannya”. (Riwayat Bukhari Muslim)

Apabila bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali, berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seorang pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.

Tuesday, May 12, 2009

7 Golongan Mendapat Teduhan di Padang Masyar


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1.) Pemimpin yang adil.

2.) Seorang remaja yang meningkat umurnya dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.

3.) Seorang yang hatinya terikat dengan masjid.

4.) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berjumpa kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah.

5.) Seorang pemuda yang digoda oleh wanita yang cantik lagi berpangkat, lalu pemuda itu menghindari lantas berkata "aku takut kepada Allah"

6.) Seorang yang bersedekah sehingga tidak diketahui siapa yang bersedekah itu. Ibarat tangan kanan memberi hingga tangan kiri tidak sedar.

7.) Seorang yang mengingati Allah dalam keadaan sendirian lalu menitiskan air matanya.