Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Sebelum seseorang berhajat untuk memulakan penghafalkan al-Qur'an. Terlebih dahulu haruslah mendalami ilmu-ilmu asas dalam pembelajaran membaca al-Quran. Pastikan tiada kesalahan pada baris, makhraj huruf dan menepati sifat yang wajib bagi tiap-tiap huruf agar tidak bercampur di antara satu huruf dengan huruf yang lain. Melancarkan sebutan ayat-ayat al-Qur'an yang ingin dihafal perlu dititikberatkan. Setelah membaca dengan lancar dan tanpa terdapat sebarang kesalahan mulalah menghafal dengan kaedah di bawah:
1. Beristighfar.
2. Berselawat kepada Nabi SAW. 7 kali.
3. Baca ayat berikut , 7 kali: “inna nahnu naz’zalna’ zikqra wain’na lahu laha’fizun”
4. Baca surah al-fatihah 1 kali.
5. Baca do’a pembukaan menghafal al-qur’an
6. Mulalah menghafal dengan hati yang tenang dan khusyuk dengan mengambil tiga ayat atau lima ayat untuk dihafal.
7. Jangan terlalu gopoh dengan tujuan untuk cepat ingat.
8. Hafalkan dalam kadar satu maqraq(*) atau dua halaman dalam satu masa.
contoh:
- Ayat pertama ulang sebanyak 30x
- Ayat kedua ulang sebanyak 30x
- Ayat satu dan dua diulang bersama sebanyak 10x
- Ayat ke tiga buat ulang seperti ayat satu dan dua 30x
- Diulang ayat satu dan dua dan ditambah dengan ayat tiga sebanyak 10x
Nota : Begitulah seterusnya sehinggalah bertemu ayat yang kesepuluh dan apabila berjumpa ayat yang seterusya yakni ayat sebelas maka disusun semula daripada sebelas dan seterusnya. Pastikan jika ayat melebihi daripada sepuluh maka haruslah diulang seperti contoh diberikan ini. Jika sesuatu surah itu melebihi daripada 10 ayat keatas maka anda digalakan meletakan target setiap kali mengulang dan menghafaz hanya sepuluh ayat sahaja. Dan anda membuat kiraan semula selepas masuk ayat 11. contoh : 1-10 / 11-20 ayat. Begitulah seterusnya.
ayat 1 hingga 10 / 11 hingga 20 / 21 hingga 30 dan begitulah seterusnya.
Perkara Yang Perlu Diperhatikan Dalam Menghafaz Dan Menjaga Hafazan Al-Quran
- Ulangi bacaan hafalan disetiap ketika tanpa rasa jemu dan bosan.
- Menghafallah ditempat yang sunyi, tenang dan jauh dari maksiat.
- Cuba bawa ayat hafalan dalam solat dan sentiasa solat malam.
- Gunakan hanya sebuah al-qur’an sahaja yang menepati mashaf Uthmani.
- Mengutamakan solat di awal waktu dan berjamaah di masjid.
- Sentiasa berwudhu’ dan takut kepada Allah.
- Memulakan dan mengakhiri bacaan dengan do’a dan sentiasa menjaga adab dan memuliakan al-qur’an.
- Kurangkan ketawa dan banyak mengangis.
- Perbanyakkan beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala.
- Kurangkan makan, tidur dan berbual kosong dan elakkan dari memakan yang syubhat.
- Banyakkanlah berpuasa sunat dan segala amalan sunat yang lain.
- Sentiasa menjaga mata semata-mata kerana Allah dan tidak menyalahgunakan ayat-ayat al-Qur’an untuk kepentingan peribadi dan segala sesuatu yang sementara.
Untuk menajaga hafalan.
a. Sentiasa takut kepada Allah
b. Sentiasa berwudhu’
c. Sentiasa solat malam
d. Sentiasa bersugi
e. Sentiasa bersuci bila berhadas.
Selamat melaksanakan salah satu dari tuntutan fadhu kifayah.
Alhamdulillah...
ReplyDeletesatu tips yg amat berguna... InsyaAllah akan cuba di applykan.. minta izin utk copy tips ini utk rujukan saya...
Terima kasih ya..
Sudah tentu boleh. Sampai-sampaikanlah apa-apa yang ada perkhabaran berguna, baik lagi berfaedah. Mudah-Mudahan dengan usaha kita ini akan mendapatkan maghfirah dan hasanah dari Allah s.w.t. Insya-Allah
ReplyDelete