Rasulullah s.a.w banyak menasihati Anas bin Malik sampai memenuhi hati dan otaknya. Di antara nasihat-nasihatnya adalah:
يا بُنيَّ إن قدرت أن تُصبح وتُمسي وليس في قلبك غش لأحد فافعل
“Wahai anakku jika engkau mampu setiap pagi dan petang hatimu bersih dari perasaan dengki kepada orang lain maka lakukanlah.”
يا بُنيَّ إنَّ ذلك من سُنتي ، ومن أحيا سُنتي فقد أحَبَّني .ومن أحَبَّني كان معي في الجنة
“Wahai anakku sesungguhnya hal itu adalah sunnahku, barang siapa menghidupkan sunnahku maka mencintaiku, barangsiapa mencintaiku akan bersamaku di syurga.”
يا بُني إذا دخلت على أهلك فسلم يكن بركَةً عليك وعلى أهل بيتك
“Wahai anakku jika engkau menemui keluargamu maka berilah salam nescaya akan menjadi keberkahan bagimu dan bagi keluargamu.”
Dua Amalan Pendinding dan Penggerun Anas bin Malik r.a
sanad: Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus
Kisah di mana Anas bin Malik akan dipancung oleh pembesar yang zalim akhirnya terbatal hasrat kerana mereka melihat di belakang Anas bin Malik terdapat seekor harimau yang seolah-olah ingin menerkam. Lalu mereka bertanya, apakah amalan kau wahai Anas, lalu Anas menjawab "Amalan ini diberikan oleh Rasullullah kepadaku dan aku tidak akan mengajarnya sehingga engkau mati."
1. Ayat Kursi
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”
Bertanya Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”
Sabda Rasulullah s.a.w., ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”
2. Zikir Harian
Banyak zikir-zikir diajarkan bukan sama rata. Orang-orang tertentu, ada zikir-zikir tertentu yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka. Setelah itu, barulah para sahabat tersebut berkongsi sesama mereka, apa yang diajarkan kepada setiap daripada mereka. Contoh zikir-zikir yang diajarkan secara khusus kepada sahabat-sahabat tertentu:
Kepada Anas bin Malik r.a dan Mu`az ibn Jabal r.a
اَللَّهُمَّ اَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksud doa: "Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."
Jadi, dengan ini tertolaklah amalan penggerun yang meragukan, khadam jin penggerun, minyak penggerun, barang mistik berkhadam untuk tujuan penggerun dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment