Monday, October 4, 2010

Penyakit Ain


Sumber Hadits
Disampaikan oleh ‘Abdullah bin ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“’Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.” (Shahih, HR. Muslim no. 2188, Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, 1/164-165)

"Al-'Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak adam"-Imam Ahmad

Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.
dalam hadis Musnad Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668)


Beza 'ain dengan sihir
1. 'ain boleh ditimpakan oleh jin dan manusia sendiri.
2. 'ain boleh berlaku hanya dengan rasa takjub tanpa berserta iri hati ataupun berserta iri hati.
3. Sihir memerlukan syarat penyihir itu melakukan suatu perbuatan kufur / syirik untuk membolehkan ianya berkesan.


Jenis Manusia Yang Berpotensi Memberikan Ain kepada sesorang
1. Penyakit hati yang sangat kritikal (suka mengumpat, mencarut, mengeji, menghina)
2. Mereka yang sikapnya suka memuji dalam masa yang sama juga suka mengeji.
3. Potensi 'perempuan' lebih tinggi dari 'lelaki', namun banyak kes hanya melibatkan lelaki kerana sifat perempuan yang tidak menonjol dan muka adanya 'MALU' dalam diri berbanding lelaki.
4. Seorang yang pendiam
5. Jin yang jahat


Makhluk Yang Berpotensi Terkena Ain
1. Anak dara tua (tidak bernikah walaupun sudah mencecah umur 30)
2. Bayi
3. Cacat terutama sekali di bahagian muka/yang ternampak.
4. Terlalu tampan atau jelita.
5. Haiwan
6. Tumbuh-tumbuhan


Panduan Mengelak Terkena Ain
Nasihat saya, janganlah terlalu takjub dengan ciptaan Allah SWT. Seandainya timbul perasaan itu, cepat-cepatlah meminta perlindungan daripada Allah SWT. Sebutlah "MassyaAllaah, laa quwwata illaa billaah.(مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ)" seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

maksudnya: Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu "maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan. Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.
(Maksud surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40)

Atau baca saja isti`azah atau ta`awwudz:

أَعُوْذُ باِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

(Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.)

Allah SWT ada beri sedikit panduan. Di dalam Al-Qur’an, Surah Al-A'raaf, ayat 200 yang maksudnya:
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

No comments:

Post a Comment