Monday, November 29, 2010

Muslimah Diantara Norma dan Ad-din




S
eindah Perhiasan itu adalah wanita yang solehah. Benar, tidak diragui sama sekali. Namun, jika kita menyingkap kembali lembaran wanita Islam hari ini, banyak yang perlu kita perbaiki.

Antara contohnya, seorang pelajar wanita bertemu dengan seorang pensyarah lelaki secara bersendirian di bilik pensyarah tersebut. Jika hal ini ditegur, alasan bahawa niat cuma ingin belajar itu akan kita terima sebagai jawapan. Malah ada yang mengatakan hal tersebut tidak mengapa kerana pensyarah tersebut telah lewat usia.

Di sinilah silapnya muslimah kita. Di sinilah sang mawar menumpulkan duri yang bertunas pada dirinya. Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

Tidaklah punya pengecualian meski lelaki yang ditemui dalam keadan berdua-duan itu seorang pensyarah atau guru, bahkan ketika bertemu seorang imam sekalipun perlulah ditemani mahramnya. Hal ini bertujuan mengelak fitnah yang dapat menjatuhkan martabat seorang wanita Islam malahan mampu menjatuhkan Islam itu sendiri. Inilah yang dinamakan fitnah ke atas ad-Din al-Islam.

Dalam memburu gemilangnya sebuah kehidupan, wanita dan juga seluruh umat Islam perlu meletakkan agama sebagai perkara yang paling utama. Sememangnya kita semua telah sedia maklum bahawa niat tidak pernah menghalalkan cara. Tambahan pula, dalam keadaan berdua-duaan, wanita tidak mustahil akan menghadapi gangguan seksual.

Oleh itu, wahai wanita, sebaik-baiknya carilah teman ketika kalian ingin bertemu dengan seseorang di tempat-tempat yang terbatas dari pandangan awam. Kepada para wanita, carilah Islam dalam diri kalian. Sesungguhnya telah diberikan panduan kepada kita. Carilah panduan itu, dan sematkan dalam jiwa kalian.

1 comment:

  1. CASINO ROADER - JASON FRAGUE
    JASON FRAGUE. JASON FRAGUE. Casino. 1 E 10 7th 경상남도 출장안마 Ave, 포천 출장마사지 Dublin, United Kingdom 사천 출장안마 4 days ago 이천 출장샵 1-8 days ago. JAMMY CASINO ROADER. 9th Ave, Dublin, 태백 출장안마 United Kingdom 3 days ago.

    ReplyDelete