Wednesday, March 16, 2011
Sekadar peringatan, renungan dan munasabah diri
Monday, November 29, 2010
Muslimah Diantara Norma dan Ad-din

Seindah Perhiasan itu adalah wanita yang solehah. Benar, tidak diragui sama sekali. Namun, jika kita menyingkap kembali lembaran wanita Islam hari ini, banyak yang perlu kita perbaiki.
Antara contohnya, seorang pelajar wanita bertemu dengan seorang pensyarah lelaki secara bersendirian di bilik pensyarah tersebut. Jika hal ini ditegur, alasan bahawa niat cuma ingin belajar itu akan kita terima sebagai jawapan. Malah ada yang mengatakan hal tersebut tidak mengapa kerana pensyarah tersebut telah lewat usia.
Di sinilah silapnya muslimah kita. Di sinilah sang mawar menumpulkan duri yang bertunas pada dirinya. Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).
Tidaklah punya pengecualian meski lelaki yang ditemui dalam keadan berdua-duan itu seorang pensyarah atau guru, bahkan ketika bertemu seorang imam sekalipun perlulah ditemani mahramnya. Hal ini bertujuan mengelak fitnah yang dapat menjatuhkan martabat seorang wanita Islam malahan mampu menjatuhkan Islam itu sendiri. Inilah yang dinamakan fitnah ke atas ad-Din al-Islam.
Dalam memburu gemilangnya sebuah kehidupan, wanita dan juga seluruh umat Islam perlu meletakkan agama sebagai perkara yang paling utama. Sememangnya kita semua telah sedia maklum bahawa niat tidak pernah menghalalkan cara. Tambahan pula, dalam keadaan berdua-duaan, wanita tidak mustahil akan menghadapi gangguan seksual.
Oleh itu, wahai wanita, sebaik-baiknya carilah teman ketika kalian ingin bertemu dengan seseorang di tempat-tempat yang terbatas dari pandangan awam. Kepada para wanita, carilah Islam dalam diri kalian. Sesungguhnya telah diberikan panduan kepada kita. Carilah panduan itu, dan sematkan dalam jiwa kalian.
Sushi King

Sushi King... Halal ke? Itulah situasi yang biasanya berlaku kepada pengguna2 muslim apabila terlintas peluang untuk makan di Sushi King. Sebenarnya, dari menu Sushi King kita dapat melihat arak disajikan di premis itu. Hampir semua atau semua Sushi King menjual minuman keras! Adakah Sushi King boleh mendapatkan pengiktirafan halal?
Cubaan menyemak status halal di laman web JAKIM menunjukkan Sushi King yang didaftarkan di bawah syarikat Sushi King Sdn. Bhd. tidak mempunyai sijil halal.
Berikut pula adalah respon aduan dari website JAKIM (http://www.halal.gov.my/aduan_siar_c.php?id=6616&a=U):
Tarikh Aduan : | 01/11/2007 - 11:17:51 |
Jawapan : | Untuk pengetahuan tuan, syarikat tersebut tidak/belum mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM sehingga Januari 2008. Tuan boleh lawati laman web JAKIM www.halal.gov.my untuk mendapatkan status pengeluar makanan halal di Malaysia serta badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM. Syarikat atau premis yang mempunyai sijil pengesahan halal JAKIM dimestikan mempamerkan sijil asal dan logo halal JAKIM di premis mereka bagi memudahkan pengguna dan pihak lain. Terima kasih di atas aduan pihak tuan. Harap maklum. |
S u m b e r :
http://en.wikipedia.org/wiki/Mirin
http://jurnalhalal.com
http://www.halal.gov.my
Rasa Malu Itu Ada 10 Macam

Rasa malu itu ada 10 macam :
Kedua ; Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”
Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.
Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.
Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.
Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.
Ketujuh ; Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.
Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.
Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.
Kesepuluh ; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.
Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki.
Tuesday, November 23, 2010
10 Jenis Solat Ditolak Oleh Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Monday, November 15, 2010
Luahan hati kalbu 1
Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
"Orang yang sentiasa mengingat kematian, maka hartanya yang sedikit akan dianggap sudah banyak. Sebaliknya (orang yang tidak mengingati kematian) jika hartanya banyak, maka dia berasa masih sedikit"
Ya Allah berikanlah kepada hambamu ni (juga kepada para pembaca) kelapangan dan kemudahan dalam mencari rezeki yang halal. Lindungilah kami dari melakukan dosa-dosa yang tidak kami sedari lakukannya.
Monday, October 4, 2010
Singular vs Plural

Al kisah nak dijadikan satu cerita. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Maka pelbagailah helah-helah yang cuba direkakannya. Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je,kan ?
Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.
Tips Berurusan Dengan Muslimin Ajnabi
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...
1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.
2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???
3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.
Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..
Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..
5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.
Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.
Penyakit Ain

Sumber Hadits
“’Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.” (Shahih, HR. Muslim no. 2188, Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, 1/164-165)
"Al-'Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak adam"-Imam Ahmad
Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.
dalam hadis Musnad Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668)
Beza 'ain dengan sihir
1. 'ain boleh ditimpakan oleh jin dan manusia sendiri.
2. 'ain boleh berlaku hanya dengan rasa takjub tanpa berserta iri hati ataupun berserta iri hati.
3. Sihir memerlukan syarat penyihir itu melakukan suatu perbuatan kufur / syirik untuk membolehkan ianya berkesan.
Jenis Manusia Yang Berpotensi Memberikan Ain kepada sesorang
1. Penyakit hati yang sangat kritikal (suka mengumpat, mencarut, mengeji, menghina)
2. Mereka yang sikapnya suka memuji dalam masa yang sama juga suka mengeji.
3. Potensi 'perempuan' lebih tinggi dari 'lelaki', namun banyak kes hanya melibatkan lelaki kerana sifat perempuan yang tidak menonjol dan muka adanya 'MALU' dalam diri berbanding lelaki.
4. Seorang yang pendiam
5. Jin yang jahat
Makhluk Yang Berpotensi Terkena Ain
1. Anak dara tua (tidak bernikah walaupun sudah mencecah umur 30)
2. Bayi
3. Cacat terutama sekali di bahagian muka/yang ternampak.
4. Terlalu tampan atau jelita.
5. Haiwan
6. Tumbuh-tumbuhan
Panduan Mengelak Terkena Ain
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا
(Maksud surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40)
Atau baca saja isti`azah atau ta`awwudz:
أَعُوْذُ باِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Rawatan Asas Penyakit Ain

Cara 1: al-Ain itu adalah penyakit, dan diubati dengan cara yang diajar oleh Nabi, sebagaimana disebut dalam hadis spt kisah Sahl bin Hunaif , dan lain2 iaitu memandikan si mangsa Ain dengan air basuhan atau air wudhu si pengena Ain itu.
“‘Amir bin Rabi’ah pernah melewati Sahl bin Hunaif yang sedang mandi, lalu ia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tak pernah melihat kulit seperti kulit wanita yang dipingit.’ Tidak berapa lama, Sahl terjatuh. Kemudian dia didatangkan ke hadapan Nabi. Orang-orang pun mengatakan kepada beliau, ‘(Wahai Rasulullah), segera selamatkan Sahl, ia telah terbaring.’ Nabi bertanya, ‘Siapa yang kalian tuduh dalam hal ini?’ Mereka menjawab, ‘Amir bin Rabi’ah.’ Beliau pun berkata, ‘Atas dasar apa salah seorang di antara kalian hendak membunuh saudaranya? Apabila seseorang melihat sesuatu yang menakjubkan dari diri saudaranya, hendaknya ia mendoakan kebaikan padanya.’ Kemudian beliau meminta air dan memerintahkan ‘Amir untuk berwudhu’, maka ‘Amir pun membasuh wajahnya, kedua tangan hingga sikunya, kedua kaki hingga lututnya, serta bagian dalam sarungnya. Lalu beliau memerintahkan untuk menuangkan air itu pada Sahl.”
(HR. Ibnu Majah no. 3500, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 3908/4020 dan Al-Misykah no. 4562)
Cara 2: Boleh juga diubati dengan cara RUQYAH, sebagaimana Nabi memerintahkan Aisyah supaya mengambil ruqyah untuk penyakit Ain. -Sahih bukhari dan Muslim.
dan dalam hadis lain “Tiada ruqyah melainkan untuk penyakit Ain dan sengatan binatang bisa”. Bukhari (no: 5378) dan Muslim (no: 220).
Antara ruqyah pilihan antaranya: Fatihah, Ayat Kursi, Surah An-Nur:35
Surah Al-Mulk (1-4)
...dan akhir sekali 4 Qul.
Friday, October 1, 2010
20 Perkara Jangan Dilakukan

1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.
5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.
Thursday, September 30, 2010
Ajarkan Mengucap

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”.
Amalan Potong Kuku Menurut Islam

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Amalan Murah Rezeki

1. Solat Dhuha
Tuesday, September 28, 2010
Amalan Pendinding dan Penggerun

Rasulullah s.a.w banyak menasihati Anas bin Malik sampai memenuhi hati dan otaknya. Di antara nasihat-nasihatnya adalah:
Tujuh petanda kebahagiaan dunia

Tujuh petanda kebahagiaan dunia
Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1.Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2.Al azwaaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3.Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4.Albiiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5.Al maalul halal, atau harta yang halal
6.Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7.Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.
Thursday, April 15, 2010
Tatacara Syaitan Menggangu Ketika Solat

Maka apabila masuk waktu solat, maka syaitan membisikkan ke hati abid tersebut, “Tak perlulah engkau solat, engkau tu letih, banyak kerja ko buat tadi, rehat aje, penat lah, solat ni menyusahkan aje”. Tetapi abid itu menjawab dalam hatinya “Tak boleh, aku mesti solat, solat itu wajib, jika aku tak solat, ke nerakalah jawabnya”
Tetapi syaitan itu tak berputus asa, dibisikkan lagi “ Kalau begitu ko solat lah lewat sikit, masih awal lagi, waktu untuk solat masih panjang, rileks lah dulu”. Abid menjawab “Tak boleh, aku mesti bersegera untuk bersolat, kalau aku sengaja melewatkan solat, maka aku akan berdosa, dan jika aku melewatkan juga solat mungkin aku akan dijangkiti malas”.
Syaitan berbisik “kalau begitu bersegeralah kamu solat, dan percepatkanlah solat mu agar segera selesai”. Abid menjawab “Tak boleh, aku tak boleh mencuri-curi dalam solat, aku perlu memperlahankan solat agar aku kusyuk”.
syaitan berbisik lagi “ Jika begitu, perlahankanlah solat mu agar orang lain dapat melihat kerajinan dan ke ‘alim’an mu”. Abid menjawab lagi “ tidak cukupkah Allah sahaja yang menilaiku, masihkah aku perlu perlu penilaian dari makhluk?, aku tidak akan membiarkan diriku menjadi riak, dan aku berlindung pada Allah dari sifat itu”.
syaitan berbisik lagi “ maka engkau adalah orang yang paling rajin beribadah dan tidak riak, dan akan mendapat tempat di sisi Allah nanti berbanding mereka semua, engkau adalah yang paling baik berbanding mereka”. Abid menjawab “aku sesekali tidak akan membiarkan diriku bersifat ujub, dan aku berlindung pada Allah dari sifat itu”.
Syaitan berbisik lagi “maka sempurnakanlah ibadah mu dengan sempurna yang paling sempurna, adakah betul bacaan mu itu? Bukankah bacaannya begini dan begitu?”, lalu sang abid pun merasa ragu dalam bacaannya dan mengulang semula bacaan tersebut.
syaitan berbisik “bukankah beberapa urusan dunia mu belum selesai? Adakah engkau ingat itu dan ini?” , lalu sang abid pun teringat urusan dunianya dan menjadi lalai lalu tidak kusyuk dalam solatnya.
Kesempatan ini diambil oleh syaitan untuk membisikkan “sudah berapa rakaat kamu bersolat?”. Maka sang abid tersedar dari lamunannya tetapi sudah terlupa berapa rakaat dia sudah solat. Lalu abid berkata dalam hatinya “ini tidak lain adalah was-was dari syaitan, aku berlindung pada Allah dari gangguan mereka ketika solatku”.
Kesimpulan dari cerita ini, serangan dari syaitan bukan satu atau dua langkah tetapi berlangkah-langkah dan penuh tipu muslihat. Berhati-hatilah.
Kunci untuk melawan was-was adalah;
a) Ilmu agama yang tinggi.
b) Hafalan ayat-ayat Al-Quran yang baik.
c) Doa pelindung.
d) Amalan pendinding diri dengan zikrullah dan ayat-ayat Al-Quran.
Wednesday, April 14, 2010
Alahai Menantu

Alahai Menantu
Setelah 3 hari berkahwin, Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang, pak kasim mengajak seman untuk solat maghrib berjamaah. Maka, gelabah monyet la si seman nih sebab sebelum ini dia tak pernah solat.
Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner
ni..abg tak penah solat ni". "Takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisikperlahan.
Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. Setelah pak kasim
takbir..seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah
alfatihah.." bismillahirrahma nir rahim..." seman pun turut membaca
bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmani r rahim..."
Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam jeyg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terusmembaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuatseolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.
pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman.seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pakkasim. "ish! gila ke menantu aku ni??"
Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turutberjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikandiri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tibapakkasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."
Monday, February 22, 2010
Info Mengenai 'Facebook' Untuk Renungan

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?
Sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook
http://en.wikipedia.org/wiki/Mark_Zuckerberg
http://en.wikipedia.org/wiki/Alpha_Epsilon_Pi
Sedikit Info Tentang AEPi

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel.
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
Fikirkanlah. .
Sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook
http://en.wikipedia.org/wiki/Mark_Zuckerberg
http://en.wikipedia.org/wiki/Alpha_Epsilon_Pi

