Monday, November 29, 2010

Muslimah Diantara Norma dan Ad-din




S
eindah Perhiasan itu adalah wanita yang solehah. Benar, tidak diragui sama sekali. Namun, jika kita menyingkap kembali lembaran wanita Islam hari ini, banyak yang perlu kita perbaiki.

Antara contohnya, seorang pelajar wanita bertemu dengan seorang pensyarah lelaki secara bersendirian di bilik pensyarah tersebut. Jika hal ini ditegur, alasan bahawa niat cuma ingin belajar itu akan kita terima sebagai jawapan. Malah ada yang mengatakan hal tersebut tidak mengapa kerana pensyarah tersebut telah lewat usia.

Di sinilah silapnya muslimah kita. Di sinilah sang mawar menumpulkan duri yang bertunas pada dirinya. Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

Tidaklah punya pengecualian meski lelaki yang ditemui dalam keadan berdua-duan itu seorang pensyarah atau guru, bahkan ketika bertemu seorang imam sekalipun perlulah ditemani mahramnya. Hal ini bertujuan mengelak fitnah yang dapat menjatuhkan martabat seorang wanita Islam malahan mampu menjatuhkan Islam itu sendiri. Inilah yang dinamakan fitnah ke atas ad-Din al-Islam.

Dalam memburu gemilangnya sebuah kehidupan, wanita dan juga seluruh umat Islam perlu meletakkan agama sebagai perkara yang paling utama. Sememangnya kita semua telah sedia maklum bahawa niat tidak pernah menghalalkan cara. Tambahan pula, dalam keadaan berdua-duaan, wanita tidak mustahil akan menghadapi gangguan seksual.

Oleh itu, wahai wanita, sebaik-baiknya carilah teman ketika kalian ingin bertemu dengan seseorang di tempat-tempat yang terbatas dari pandangan awam. Kepada para wanita, carilah Islam dalam diri kalian. Sesungguhnya telah diberikan panduan kepada kita. Carilah panduan itu, dan sematkan dalam jiwa kalian.

Sushi King





Sushi King... Halal ke? Itulah situasi yang biasanya berlaku kepada pengguna2 muslim apabila terlintas peluang untuk makan di Sushi King. Sebenarnya, dari menu Sushi King kita dapat melihat arak disajikan di premis itu. Hampir semua atau semua Sushi King menjual minuman keras! Adakah Sushi King boleh mendapatkan pengiktirafan halal?


Jelas sekali restoran ini tidak akan dapat peniktirafan halal oleh pihak berkuasa iaitu JAKIM! Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ada sushi yang menggunakan bahan yang dinamakan mirin sebagai ramuannya. Apa itu mirin? Apakah perbezaannya dengan sake? Persamaannya ialah kedua-duanya adalah kedua-duanya sejenis "rice wine" iaitu arak dan boleh memabukkan. Jadi kedua-duanya adalah haram. Beza mirin dan sake ialah kandungan alcoholnya. Mirin mempunyai kandungan alcohol 14% dan sake mempunyai kandungan alcohol sebanyak 20%. Ada juga mirin yang mengandungi kandungan alcohol yang kurang tetapi yang haram tetap haram.

Cubaan menyemak status halal di laman web JAKIM menunjukkan Sushi King yang didaftarkan di bawah syarikat Sushi King Sdn. Bhd. tidak mempunyai sijil halal.


Berikut pula adalah respon aduan dari website JAKIM (http://www.halal.gov.my/aduan_siar_c.php?id=6616&a=U):

Tarikh Aduan :
01/11/2007 - 11:17:51
Jawapan :
Untuk pengetahuan tuan, syarikat tersebut tidak/belum mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM sehingga Januari 2008. Tuan boleh lawati laman web JAKIM www.halal.gov.my untuk mendapatkan status pengeluar makanan halal di Malaysia serta badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM. Syarikat atau premis yang mempunyai sijil pengesahan halal JAKIM dimestikan mempamerkan sijil asal dan logo halal JAKIM di premis mereka bagi memudahkan pengguna dan pihak lain. Terima kasih di atas aduan pihak tuan. Harap maklum.

Kesimpulannya, Sushi King dan hampir semua pembuatan makanan berasaskan sushi tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf dan tidak sesuai dikunjungi oleh pengguna2 muslim. Maka berjihadlah.

S u m b e r :
http://en.wikipedia.org/wiki/Mirin
http://jurnalhalal.com
http://www.halal.gov.my

Rasa Malu Itu Ada 10 Macam




Rasa malu itu ada 10 macam :

Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dariKu wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.

Kedua ; Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”


Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.

Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.

Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.

Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.

Ketujuh ; Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.

Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.

Kesepuluh ; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.

Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki.

Tuesday, November 23, 2010

10 Jenis Solat Ditolak Oleh Allah S.W.T.



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.


2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.


4. Orang lelaki yang melarikan diri.


5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).


6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.


7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.


8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.


9. Orang-orang yang suka makan riba'.


10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Monday, November 15, 2010

Luahan hati kalbu 1

Demi Allah, sungguh ramai umat manusia yang lalai dan mereka terbuai oleh kenikmatan duniawi. Akhirnya kematianlah yang akan menyedarkan mereka kelak.

Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
"Orang yang sentiasa mengingat kematian, maka hartanya yang sedikit akan dianggap sudah banyak. Sebaliknya (orang yang tidak mengingati kematian) jika hartanya banyak, maka dia berasa masih sedikit"

Ya Allah berikanlah kepada hambamu ni (juga kepada para pembaca) kelapangan dan kemudahan dalam mencari rezeki yang halal. Lindungilah kami dari melakukan dosa-dosa yang tidak kami sedari lakukannya.